14.07.2025// Meeting with HRD Corp on IndSF Automotive Development
Mesyuarat - Kerjasama Strategik Antara Kerajaan Negeri Perak Dan HRD Corp Dalam Membangunkan Industrial Skills Framework (IndSF) Bagi Industri Automotif
Date:14 Julai 2025 (Isnin) Time 时间 : 11.15 Pagi - 1.45 Tengah Hari Venue 地点 : Bilik Latihan, HRD Corp, Tingkat 19, Bangunan PTTC.
Representatives: 1. Soon Tet On
2. Wong Chee Fai
HRD Corp telah menjemput PAWOA untuk menghadiri mesyuarat bagi Kerjasama Strategik Antara Kerajaan Negeri Perak Dan HRD Corp Dalam Membangunkan Industrial Skills Framework (IndSF) Bagi Industri Automotif.
Industrial Skills Framework (IndSF) bertindak sebagai rujukan dengan menyediakan garis panduan yang menyeluruh kepada individu, majikan dan penyedia latihan mengenai latihan yang diperlukan bagi kemahiran tertentu mengikut tahap pekerjaan dalam industri yang berkaitan. Sebagai sumber utama bagi pembangunan kompetensi dan bakat merentasi pelbagai industri, inisiatif IndSF telah berjaya merangkumi 18 industri dengan 52 dokumen IndSF yang telah dibangunkan.
Tujuan mesyuarat ini adalah untuk menyelaraskan strategi pembangunan modal insan di peringkat negeri dengan IndSF, dengan penekanan khas terhadap pembangunan IndSF Automotif sebagai pemacu jangka panjang bagi sektor automotif dan mobiliti di negeri Perak.